ps: saya menggunakan bahasa melayu penuh (BMP) *tidak perlu terkejut sangat lah ye* HAHA.
selamat malam.disebabkan petang tadi saya sudah tidur dan sekarang saya sudah letih pusing-pusing satu katil untuk melelapkan mata. tidak berjaya dan saya rasa mahu menaip.jadi ni lah hasilnya walaupun baru taip beberapa baris ayat.kenapa tiba-tiba saya menggunakan ayat 'skema' .skema ialah gelaran yang diberikan untuk pelajar yang berkawan dengan buku sepanjang hayat mereka *agaknyalah* disamping menyisir rambut fesyen konservatif.berbalik kepada kenapa saya menggunakan BMP. ini kerana saya sudah habis sekolah dah saya sudah lama tidak menulis karangan .boleh diterimakah alasan itu. mungkin saya rindu dengan cikgu bahasa melayu saya.tidak mungkin.saya malas hendak memikirkan jawapannya jadi biar sahaja soalan itu tanpa jawapan.hidup saya agak membosankan sekarang tanpa kerja.entah kenapa saya rasa macam menyesal tidak cari kerja. kalaulah saya kerja mungkin saya sudah mampu memiliki blackberry ataupun iphone4 *itu sahaja yang saya mahukan buat masa ini.dan apabila memikirkan pekara tersebut seribu penyesalan membelenggu kepala otak saya *alamak ini sudah bahasa puitis* . kebelakangan ini banyak pekara yang berlaku dan ia diluar jangkaan saya tapi ada juga dalam jangkaan saya.seperti saya layak untuk pergi temuduga untuk seni lukis dan seni reka di uitm pekara tersebut agak memeningkan.memang saya meletakkan pekara tersebut untuk pilihan pertama semasa mengisi borang dahulu dan ketika itu saya hanyalah budak dan tidak faham apakah sebenarnya seni lukis dan seni reka tersebut.dan apabila peluang ini diberikan saya tidak mahu menjadi manusia yang tidak bersyukur jadi saya membuat persedian dan baru mengenal apakah sebenarnya srdsl itu.agak menyimpang jauh dari apa yang saya mahukan.tetapi setelah mendengar penerangan daripada mereka yang pakar tiba-tiba minat itu datang dan saya rasa teruja.selain itu surat plkn.dan saya ditempatkan di kem plkn sri perkasa mantin.kenapa saya macam tidak ada perasaan tentang itu.keliru. dan banyak lagi pekara yang dalam dan luar jangkaan saya berlaku.itu sahaja dari saya untuk kali ini.saya sudah mengantuk.
ps; harap maklum mungkin ada kesilapan.HAHA.
betullah kata mereka yang pakar
hidup ini umpama jalan.bukan cepat atau lambat yang menjadi,penentunya, tapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas, namun jalan yang dilalui itu salah kita , kita pasti tetap akan binasa
No comments:
Post a Comment